TEMPAT: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DAN MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL SEPANG
MASA: 8.00 PAGI - 4. 00 PAGI
ANJURAN:
1.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2. KELAB KAUNSELING DNA KERJAYA
3. KELAB BAHASA INGGERIS
OBJEKTIF:
Melalui program ini,
murid dapat:
1. Memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai kepentingan
menuntut ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
2. Memberi gambaran secara langsung kepentingan menguasai Bahasa
Kedua dalam kehidupan (Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab)
3. Mendapat maklumat mengenai kesan penyalahgunaan dadah dalam
kalangan pelajar
AKTIVITI/PROGRAM
1. Slot “JOM BELAJAR DI USIM” –
memperkenalkan USIM dan
kursus-kursus yang ditawarkan di USIM.
2. Slot “Jauhi Dadah”- bersama ACREDA.
Pelajar diberi taklimat mengenai Objektif
penubuhan Acreda di USIM serta kesan penyalahgunaan dadah serta kes-kes dadah
membabitkan pelajar.
3. Aktiviti Melawat Kawasan USIM
Pelajar akan dibawa melawat
sekitar USIM oleh Fasilitator bertugas. Pelajar akan diberi taklimat ringkas
bagi setiap kawasan USIM
4. Melawat Muzium Automobil
Muzium ini
memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta
kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini. Tujuan utama muzium
ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan
pencapaian industri permotoran di Malaysia. Muzium ini berharap dapat memberi
maklumat, mendidik serta menghibur para pengujung mengenai sejarah dan kejayaan
negara dalam menerokai industri ini.
No comments:
Post a Comment