Sunday, May 29, 2022

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Program RIMUP peringkat Sekolah

Tarikh: 13.5.2022
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pagi 
Tempat: Dewan SMA CHUAH

PENGENALAN
Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi salah satu daripada acara tahunan yang akan diraikan secara besar-besaran di seluruh Negara malahan seluruh umat di dunia juga turut meraikan kedatangan bulan Syawal. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini diadakan untuk menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari sudut rohani sekaligus menjadi benteng pencegah kerosakan hubungan. Dalam erti kata lain, rasionalnya majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara murid, guru dan kakitangan sekolah.

OBJEKTIF PROGRAM
Pada akhir aktiviti pelajar dapat;
2.1  Memupuk sifat kemaafan dan pemurah dalam diri murid.
2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua murid, guru dan kakitangan sekolah 
2.3  Memupuk perpaduan antara kaum dengan cara meraikan perayaan bersama-sama

SASARAN

Semua pelajar seramai 143 orang, 
semua guru dan Staf 27 orang
Kakitangan Keselamatan dan Pembersihan seramai 6 orang         
                  
Senarai Tetamu:
1. YDP PIBG SMA CHUAH Tn Hj Norshamsul Azmi bin Mohd Nor
2. NYDP PIBG SMA Chuah En Mohd Yusof bin Shafie
3. AJK PIBG SMA Chuah seramai 6 orang
4. Pengerusi Masjid Kg Chuah 2 orang Tn Hj Faiz bin Ismail
5. Pelajar SMK Tanah Merah bersama guru (8 murid 2 guru pengiring)
6. Guru Besar SJKC Chuah Pn Chua Pei Pei
7. Guru Besar SK Chuah Pn Maria binti Mior Mohd Yusof
8. Guru Besar SK Kg Sawah En Noor Asharudin bin Hamzah
9. Pengetua SMK Tanah Merah En Razali bin Mat Taib
10. Penolong Pegawai PPDPD Pendidikan Islam (Sahabat Sekolah) En Mohd Sofie bin Razali
11. Ketua Balai Polis Chuah SM Baktha A/L Karappiah dan Tn Hasmadi bin Nawi 
























































































































































No comments:

Post a Comment