Saturday, July 31, 2021

SESI PERKONGSIAN TIPS PENINGKATAN AKADEMIK BERSAMA TN HJ SAIFUL BAHRIN BIN ABU

Tarikh : 9hb Julai 2021
Masa : 2.45 Petang
Tempat : Google Meet

Iklim pembelajaran norma baharu tahun ini memberi cabaran kepada guru memilih medium dan platform yang mampu memberikan hasil pembelajaran seperti persekitaran  normal.

Pengajaran dan pembelajaran berterusan secara maya adalah pendekatan utama yang kini dipilih sebahagian guru, di samping menyediakan modul secara fizikal kepada murid bagi memastikan pembelajaran dijalankan mampu dinilai secara berterusan

Semangat juang ini terus disematkan dalam diri guru bagi memastikan kecemerlangan pelajar terus bertambah baik. Oleh itu , SMAC akan menganjurkan sebuah program motivasi guru yang akan di sampaikan oleh : Tuan Haji Saiful Bahrin Bin Abu







No comments:

Post a Comment