Tuesday, November 5, 2019

Ekplorasi Kerjaya Keusahawanan dan Pelancongan Kelab Kerjaya di Langkawi

Tarikh: 1-3 November 2019
Tempat: Pulau Langkawi

Anjuran: Unit Kokurikulum
GPK Kokurikulum: Ustaz Ahmad Zulfakor Bin Darusa
Penyelaras: En Mohd Azzly Bin Hj Ismail
Setiausaha: Pn Jamilah Bt Yahaya
Bendahari: Pn Farah Zaireen Bt Nordin
Peserta: Ahli Kelab Kerjaya SMR Agama Chuah dan ahli kelab lain yang berminat

Guru/ Kakitangan Pengiring:
1. Pn Hajah Siti Hajar Bt Mohd Ali
2. Ustaz Ahmad Zulfakor Bin Darusa
3. En Mohd Azzly Bin Hj Ismail
4. Pn Jamilah Bt Yahaya
5. Ustaz Muhammad Syuaib Bin Sangkrah
6. Ustaz Muhammad Rijaluddin Bin Abd Manaf
7. Pn Noraizah Bt Mat Nor
8. Pn Farah Zaireen Bt Nordin

PADA AKHIR AKTIVITI MURID DAPAT:
1. PENDEDAHAN BIDANG KEUSAHAWAN  (CONTOH HJ ISMAIL GROUP / PRODUK GAMAT)
2. MENAMBAH MINAT DAN PENGETAHUAN DALAM BIDANG KERJAYA BERKAITAN KEUSAHAWAN DAN PELANCONGAN (CONTOH PEMANDU PELANCONG, PERHOTELAN, PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN, PENYEDIAAN MAKANAN DAN LAIN-LAIN)
3. KESEDARAN TERHADAP KEPENTINGAN BIDANG KEUSAHAWANAN,            PELANCONGAN DAN PENGHASILAN PRODUK 
4. MENGHARGAI WARISAN SEJARAH DAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM         AKTIVITI PEMULIHARAAN
5. MEMBERI IDEA/INOVASI BIDANG KEUSAHAWANAN DAN PELANCONGAN

BERDASARKAN UJIAN MINAT KERJAYA  (IMK PSIKOMETRIK)  MURID SEKOLAH MENENGAH RENDAH AGAMA CHUAH CENDERUNG  KE ARAH BIDANG KERJAYA SOSIAL DAN ENTREPRISING (PERKHIDMATAN DAN KEUSAHAWANAN)

Rumusan:
Lawatan Sambil Belajar ini memberi peluang kepada murid merasai sendiri pengalaman menikmati keindahan alam di sebuah pulau yang terkenal di serata dunia iaitu Pulau Langkawi. 

Pada akhir aktiviti murid dapat:
1) Membuat pemerhatian terhadap prospek kerjaya keusahawanan dan pelancongan yang ada sepanjang tempoh lawatan. 
2) Melihat sendiri usaha-usaha yang dilakukan kerajaan untuk memulihara kawasan bersejarah, kawasan hutan paya bakau serta artifak atau barang berharga. 
3) Merasai sendiri pengalaman ditemani oleh pemandu pelancong yang mesra (serta berpengetahuan) merasai pengalaman menaiki feri ke Pulau Langkawi, menaiki bot menyusuri sungai dan menaiki kereta kabel untuk berada di Puncak Gunung Mat Chinchang.
4) Maklumat dan pengetahuan mengenai ciri-ciri personaliti serta kemahiran yang diperlukan untuk menceburi bidang perkhidmatan dan keusahawanan. 

Berdasarkan hasil tugasan yang diserahkan oleh murid kepada guru, semua murid berasa gembira dan teruja semasa di Pulau Langkawi. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga perkara yang mereka pelajari sepanjang tempoh lawatan. Murid memberikan idea untuk menarik  remaja agar turut serta dalam aktiviti pemuliharaan dan meminati sejarah. Murid juga memberikan pendapat mereka bagaimana produk buatan Malaysia seperti Batik dan Gamat dapat dipromosikan secara meluas ke peringkat antarabangsa. Semua murid ingin ke Pulau Langkawi semula pada masa akan datang jika berpeluang.












































No comments:

Post a Comment