Tuesday, October 3, 2017

Taklimat 5 Minit Mesej Antidadah

Tarikh: 18 September 2017
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi

Anjuran: Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Guru: Cik Jamilah Bt Yahaya
PRS: Zulhelmi Bin Noor Afendi

Tajuk: Faktor-faktor kemasukan dadah ke Malaysia

Malaysia bukan negara pengeluar dadah, bagaimanapun dalam senarai pengedaran dadah antarabangsa, Malaysia telah  lama digunakan oleh sindiket-sindiket pengedaran dadah sebagai negara transit kerana :

1. Kedudukannya dilaluan antarabangsa dari kawasan pengeluaran candu "The Golden Triangle" ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat;

2. Sempadan daratnya dengan Thailand yang telah menjadi saluran utama pengedaran candu dan bahan-bahan yang dihasilkan dari kawasan " The Golden Traingle" yang kini mengeluarkan antara 2,000 ke 2,400 tan metrik candu mentah setahun;

3. Bersempadan dengan semua negara ASEAN yang setengah-setengahnya juga merupakan negara pengeluar dadah yang besar;

4. Mempunyai garisan pantai yang panjang dan terdedah; dan

5. mempunyai sistem komunikasi yang baik.

Kegiatan  pengedaran dadah melalui Malaysia telah mewujudkan serta memenuhi permintaan dadah tempatan.





No comments:

Post a Comment