Tuesday, July 25, 2017

Majlis Sambutan Hari Raya bersama Warga Emas dan Warga SMK Tanah Merah

Tarikh: 21 Julai 2017
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 -11.00 pagi
Tempat: Dewan SMR Agama Chuah

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras: Cik Jamilah Bt Yahaya (guru kaunseling)

Pengenalan:
Program ini tidak lain mempromosikan kepentingan dan menyayangi warga emas. Kepentingan menjaga dan menghormati warga emas perlu dipromosikan dan diuar-uarkan setiap tahun. Pada tahun 2016, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dibuat dengan meriah dengan mengadakan Majlis Pelancaran Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Tahun ini sekolah tidak akan ketinggalan bagi meraikan warga emas dengan menjemput sepuluh orang wakil  warga emas untuk turut serta meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Turut serta ialah wakil pelajar SMK Tanah Merah untuk merasai suasana sambutan perayaan di SMR Agama Chuah. (RIMUP). Kehadiran pelajar cina dan india seramai 10 orang ini sangat bermakna untuk mengukuhkan perpaduan antara murid berbilang bangsa, budaya dan agama. SMR Agama Chuah sangat mengalu-alukan kehadiran murid dan guru SMK Tanah Merah untuk sama-sama menyambut Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.

Objektif:
1. Melahirkan warganegara yang bersikap patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
2. Mengeratkan hubungan pelajar dengan pelajar, guru dengan pelajar dan kakitangan sekolah serta masyarakat setempat.
3. Meraikan warga emas dengan jamuan, perkongsian pengalaman serta menghargai jasa serta menghargai mereka.
4.     Menghargai perpaduan dengan cara saling memahami adat resam, budaya serta agama yang dianuti oleh masyarakat berbilang kaum.

Tentatif:
7.30 Pagi   Bacaan Yassin
8.30 Pagi   Berkumpul di dewan SMR Agama Chuah
8.45 Pagi   Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 Pagi   Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
               
                  Bacaan Doa
                Ucapan alu-aluan 
                Pn Siti Hajar Bt Mohd Ali
                  Pengetua  SMR Agama Chuah

                Ucapan Perasmian/Pelancaran DWEN 
                En Nor Shamsul Azmi Bin Mohd Nor
                  Ketua Kampung Chuah
9.30 pagi   Aktiviti berbalas pantun antara pelajar
                  SMK Tanah Merah dan pelajar SMR Agama Chuah

                Aktiviti menganyam ketupat beramai-ramai

                Pertandingan menganyam ketupat antara wakil                                  
                  pelajar SMK Tanah Merah dan
                  pelajar SMR Agama Chuah

10.00 pagi Penyampaian Hadiah Pertandingan
                  menganyam ketupat

                Penyampaian Sijil Penyertaan kepada
                  Pelajar SMK Tanah Merah

                  Penyampaian Cenderahati kepada Warga Emas

                  SESI FOTOGRAFI BERSAMA WARGA EMAS

                  Jamuan 

11.00 pagi  Majlis Bersurai














































No comments:

Post a Comment