Monday, April 11, 2016

Majlis Pelancaran Nilam dan Kem Membaca 1Malaysia

Tarikh: 12 April 2016 (Selasa)
Tempat: Perkarangan Sekolah
Masa: 7.20 - 8.30 pagi

SASARAN: Semua pelajar dan guru

Guru Penyelaras Nilam:
Pn Norhaslinda Bt Mohd Ridzuan

Guru Penyelaras Kem Membaca 1Malaysia:
Pn Norsafinas Bt Abu Sirin (Guru Penyelia Perpustakaan)

NILAM atau NADI ILMU AMALAM MEMBACA merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah  dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan Program ini meliputi, penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif, sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan matlamat membina tabiat membaca dalam kalangan murid.

Objektif Program NILAM:
1. Meningkatkan Minat Membaca berterusan
2. Menampilkan pelajar yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti
3. Mengenalpasti tokoh pelajar yang banyak membaca
4. Mengenalpasti bakat dna kreativiti pelajar dalam pertandingan bercerita

Objektif Program KEM MEMBACA 1MALAYSIA:
1. Mengisi masa lapang dengan membaca seleaps peperiksaan
2. Menggerakkan Program galakan membaca (NILAM)
3. Memupuk minat membaca secara berterusan ( cuti sekolah dan sepanjang hayat)
4. Mengcungkil bakal melukis dan mewarna kulit buku
5. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran mendapatan maklumat melalui bacaan dalam kalangan murid

Aktiviti:
1. "15 Minit bersama buku" - sebelum berlangsung perhimpunan 7.20 - 7.35 pagi
2. "Pinjamkan buku"-Setiap hari jumaat pelajar mesti meminjam sekurang-kurangnya 2 buah buku untuk bacaan hujung minggu
3. "Projek Banyak Membaca"-Mempamerkan Carta dan Skor Nilam Pembaca terbanyak untuk galakan merebut ganjaran
4. "Pertandingan bercerita Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris/ Agama Islam
5. "Buku Skrap Tokoh Sains dan Ilmuan Islam"-Secara berkumpulan
6. "Ulasan Buku"- Dibuat oleh pelajar paling kurang jumlah Bacaan Nilam pada Mac, Jun dan September












No comments:

Post a Comment