Wednesday, January 10, 2018

Program Orientasi Tingkatan 1

Tarikh: 2-5 Januari 2018
Hari: Selasa-Jumaat

Anjuran dan kelolaan : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya
Sasaran: Semua murid Tingkatan 1 2018

Program Orientasi Tingkatan merupakan program khas untuk murid yang baru memasuki alam sekolah menengah. Program ini penting untuk membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru. Murid tingkatan 1 yang melalui Program Orientasi lebih bersedia secara fizikal dan mental dengan peraturan, undang-undang, matapelajaran, cara belajar serta pergaulan dengan rakan-rakan sekolah menengah. 

Murid tingkatan 1 telah melalui fasa pertama mengenali potensi diri pada peringkat sekolah rendah. Sekolah menengah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelangsungan pembinaan dan perkembangan potensi diri murid. Melalui aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.













































Mesyuarat Pengurusan 2018

Tarikh: 28 Disember 2018
Hari: Khamis
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat

Agenda:
1. Ucapan alu-aluan pengerusi
2. Taklimat Pengurusan Akademik
3. Taklimat Pengurusan HEM
4. Taklimat Pengurusan Kokurikulum
5. Hal-hal lain

























PENDAFTARAN TINGKATAN 1

Tarikh: 30 Disember 2017
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan SMR Agama Chuah

Anjuran: Unit Hal Ehwal Murid SMR Agama Chuah

Tentatif
9.00 pagi      Pendaftaran Pelajar

9.30 pagi      Ucapan alu-aluan Pengerusi Masjlis

                     Ucapan Pengetua SMR Agama Chuah
                     Pn Siti Hajar Bt Mohd Ali

                     Ucapan GPK HEM
                     Pn Norizan Bt Mohd Kalam

                     Bacaan Ikrar Wakil Ibu Bapa Pn Sarimah Bt Samsudin
                     Bacaan Ikrar Penerimaan Pengetua SMRAC
                     Bacaan Ikrar Murid Diketuai Norhasyira Adila

                     Taklimat PBS
                     Pn Suhaidah Bt Hasnan

                     Taklimat KSSM
                     Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman

                     Taklimat KBD
                     Ustazah Sofiyyah Bt Mohd Suhaimin

                     Taklimat PAJSK
                     Pn Zuraidah Bt Sethu Ghani

                     Taklimat Psikometrik
                     Pn Jamilah Bt Yahaya


10.30 pagi    Pembelian Buku Tulis
                     Bersurai