Tarikh Gambar diambil: 13.7.2022 Rabu
Tempat: SMA Chuah
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Aktiviti: Pengendalian Majlis Perhimpunan dalam Bahasa Inggeris
Anjuran: UBK bersama Panitia Bahasa Inggeris
Sasaran: Semua Pemimpin Pelajar (PRS, Pengawas, Pengawas Pusat Sumber)
PENGENALAN
Badan kepimpinan sekolah perlu dilatih secara konsisten untuk melahirkan suasana sekolah yang harmoni dan positif. Pelajar memerlukan didikan dan bimbingan guru secara berterusan agar tidak lupa dan kekal bersemangat dalam menjalankan amanah yang diberi.
Dengan adanya dana pelbagai aktiviti boleh membantu meningkatkan motivasi pelajar untuk memantapkan sahsiah serta berusaha meningkatkan disiplin diri.
PROJEK IDOLA dirancang sebagai “Satu Siri Latihan” untuk membentuk sikap dan jati diri pemimpin pelajar agar menjadi contoh terbaik buat rakan-rakan di sekolah.
JAWATANKUASA PROJEK IDOLA
Penasihat:
Pn Maimun binti Bahari, Pengetua SMA Chuah
Pengerusi:
Ustaz Ahmad Zulfakor bin Darusa, GPK HEM
Naib Pengerusi :
Ustaz Shairozi bin Hashim, GPK Kokurikulum
Penyelaras Program:
Pn Jamilah Binti Yahaya GBK
Program Pengucapan Awam BM:
En Mohd Azzly bin Hj Ismail
Program Pengucapan Awam BI:
Pn Suhaidah binti Hasnan
Program Pengucapan Awam BA:
Pn Nor Asyikin binti Mohd Zawawi
Program Tazkirah dan Bacaan Doa:
Ustaz Muhammad Syuaib bin Sangkrah
Program Literasi Digital:
Pn Jamilah binti Yahaya
OBJEKTIF PROGRAM
Pada akhir aktiviti pelajar dapat;
1. 80 peratus murid pemimpin boleh berucap dihadapan orang ramai secara dalam talian
2. 50 peratus murid pemimpin boleh berucap secara bersemuka
3. 70 peratus pemimpin pelajar mempamerkan ciri-ciri pemimpin terpuji
(modul sumur)