HALAMAN

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

GALERI KELAS, BADAN KEPIMPINAN, KELAB PERSATUAN, SUKAN DAN PERMAINAN

Wednesday, February 28, 2018

Perjumpaan Mentor Mentee Kali Kedua

Tarikh: 23 Februari 2018
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 pagi - 8.30 pagi
Tempat: Masjid dan Kelas

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya

Rasional
1  Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
 pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor

2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.

Objektif
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;

1       Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.

2       Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

3       Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
















No comments:

Post a Comment