HALAMAN

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

GALERI KELAS, BADAN KEPIMPINAN, KELAB PERSATUAN, SUKAN DAN PERMAINAN

Wednesday, January 10, 2018

Program Orientasi Tingkatan 1

Tarikh: 2-5 Januari 2018
Hari: Selasa-Jumaat

Anjuran dan kelolaan : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Penyelaras: Pn Jamilah Bt Yahaya
Sasaran: Semua murid Tingkatan 1 2018

Program Orientasi Tingkatan merupakan program khas untuk murid yang baru memasuki alam sekolah menengah. Program ini penting untuk membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru. Murid tingkatan 1 yang melalui Program Orientasi lebih bersedia secara fizikal dan mental dengan peraturan, undang-undang, matapelajaran, cara belajar serta pergaulan dengan rakan-rakan sekolah menengah. 

Murid tingkatan 1 telah melalui fasa pertama mengenali potensi diri pada peringkat sekolah rendah. Sekolah menengah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelangsungan pembinaan dan perkembangan potensi diri murid. Melalui aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.













































No comments:

Post a Comment