Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran
Hari: Isnin
Anjuran: Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Penyelaras: Cik Jamilah Bt Yahaya
PRS: Firdaus Bin Mahyuni
Tajuk: CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH
Dadah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan dan nilai-nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal dan fizikal) bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama dalam hidup ini ialah kepada dadah dan wang serta hendak mendapatkan bekalan. Ciri-ciri lain penagihan dadah termasuklah ;
1. toleran meningkat;
2. gejala tarikan
3. merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih lagi apabila cuba berhenti daripada mengambilnya;
4. tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah;
5. cenderung untuk menagih semula setelah berhenti.
Apabila seseorang terjebak dalam dunia dadah, amat sukar sekali untuk keluar dari jaringan dadah ini.
No comments:
Post a Comment