HALAMAN

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

GALERI KELAS, BADAN KEPIMPINAN, KELAB PERSATUAN, SUKAN DAN PERMAINAN

Tuesday, January 24, 2017

Program Motivasi Sahsiah Antara Cita-cita dan Cinta

Tarikh: 21 Januari 2017
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat Dewan Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Penyelaras : Cik Jamilah Bt Yahaya

Barisan Fasilitator: Raudhatus Sakinah
1. Encik Mohd Fairus Bin Abu
2. Encik Sedana Arif Raslan bin Sedana Omar
3. Nurul Sakinah Bt Aziz

PENGENALAN
Dewasa ini seringkali kita dikejutkan dengan berita pelajar terlibat dengan seks luar nikah dan mengandung anak luar nikah. Malah ada yang terlibat dengan benda lucah seawall umur 8 tahun. Gejala seks luar nikah pada masa kini semakin meruncing dan sekolah sebagai tempat menimba ilmu wajib menyediakan program-program pencegahan agar anak-anak ini memehami kesan terlibat dengan seks luar nikah dan kembali mengamalkan ajaran islam yang sebenar. Matlamat utama program ini ialah meningkatkan motivasi murid menjauhi zina dengan memberi penegasan kesan-kesan akibat zina.

OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
1.1    Memahami tubuh  badan, sistem reproduksi serta fungsi-fungsinya
1.2    Memperoleh maklumat kesan-kesan psikologi, fizikal dan ke atas kesihatan jika terlibat
1.3 Meningkatkan keyakinan murid bahawa mendekatkan diri dengan agama mampu membantu mereka menjauhi zina

SASARAN

Semua 127 orang pelajar Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah Lelaki dan Perempuan









No comments:

Post a Comment