HALAMAN

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

GALERI KELAS, BADAN KEPIMPINAN, KELAB PERSATUAN, SUKAN DAN PERMAINAN

Tuesday, January 24, 2017

Perasmian Sumur

Tarikh : 23 Janauri 2017
Hari: Isnin (Perhimpunan)

Anjuran: Panitia Pendidikan Islam
Guru Penyelaras: Cik Soffiyah Bt Mohd Suhaimin

Aktiviti: Pengenalan Usrah dan Badar SMRAC oleh Ustazah Norhaslinda Bt Mohd Ridzuan























Program Motivasi Sahsiah Antara Cita-cita dan Cinta

Tarikh: 21 Januari 2017
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat Dewan Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Penyelaras : Cik Jamilah Bt Yahaya

Barisan Fasilitator: Raudhatus Sakinah
1. Encik Mohd Fairus Bin Abu
2. Encik Sedana Arif Raslan bin Sedana Omar
3. Nurul Sakinah Bt Aziz

PENGENALAN
Dewasa ini seringkali kita dikejutkan dengan berita pelajar terlibat dengan seks luar nikah dan mengandung anak luar nikah. Malah ada yang terlibat dengan benda lucah seawall umur 8 tahun. Gejala seks luar nikah pada masa kini semakin meruncing dan sekolah sebagai tempat menimba ilmu wajib menyediakan program-program pencegahan agar anak-anak ini memehami kesan terlibat dengan seks luar nikah dan kembali mengamalkan ajaran islam yang sebenar. Matlamat utama program ini ialah meningkatkan motivasi murid menjauhi zina dengan memberi penegasan kesan-kesan akibat zina.

OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
1.1    Memahami tubuh  badan, sistem reproduksi serta fungsi-fungsinya
1.2    Memperoleh maklumat kesan-kesan psikologi, fizikal dan ke atas kesihatan jika terlibat
1.3 Meningkatkan keyakinan murid bahawa mendekatkan diri dengan agama mampu membantu mereka menjauhi zina

SASARAN

Semua 127 orang pelajar Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah Lelaki dan Perempuan









Mesyuarat Project Based Learning 1/2017

Tarikh: 19 Januari 2017
Hari: Khamis

Anjuran: Unit Kurikulum
Kehadiran;
1. Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman (GPK Kurikulum)
2. Pn Suhaidah Bt Hasnan (setiausaha dan KP BI)
3. Pn Zuraidah Bt Sethu Ghani (KP BM)
4. Pn Suria Bt Huszaini (KP Sains)
5. Pn Norsafinas Bt Abu Sirin (KP Matematik)
6. Pn Norizan Bt Ghazali
7. En Nadzmi Ikram Bin Muhammad

Agenda:
1. Membincangkan rangka kerja utama untuk menyiapkan Projek PBL SMRAC 2017 yang dijadualkan berlangsung pada bulan april.






Kursus Pengurusan Kelas

Tarikh: 19 Januari 2017 (Khamis)
Tempat: 2 Ibnu Sina

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Penyelaras: Cik Jamilah Bt Yahaya

Pengurusan Kelas adalah satu bentuk pendidikan kemahiran bagi membantu pelajar mengurus kelas dengan baik. Dalam kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran mengurus kelas, peranan dan tanggungjawab, peraturan di dalam kelas dan bagaimana mengurus situasi. Tanpa kursus seperti ini pelajar tidak mendapat gambaran bagaimana cara yang betul dan sesuai untuk mengurus kelas mereka.

OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
1. Bermotivasi dan yakin untuk mengendalikan kelas
2. Tahu peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa kelas
3. Memperoleh kemahiran mengurus konflik di dalam kelas

SASARAN
Semua ketua dan penolong ketua kelas  serta biro seramai 36 orang














Thursday, January 19, 2017

Kejohanan Merentas Desa 2017

Tarikh: 18 Januari 2017
Masa: 7.30 - 10.30 pagi 
Hari: Rabu

Anjuran: Unit Kokurikulum
Aktiviti : Larian Merentas Desa