HALAMAN

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

GALERI KELAS, BADAN KEPIMPINAN, KELAB PERSATUAN, SUKAN DAN PERMAINAN

Thursday, November 17, 2016

Program Istiqamah Melangkah: Tahun Baru Azam Baru

Tarikh: 12 November 2016
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Dewan SMR Agama Chuah

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras: Cik Jamilah Bt Yahaya
Fasilitator: Kelab Kefajar UITM Seremban

 PENGENALAN
Program “Istiqamah Melangkah : Tahun Baru, Azam Baru” ini diadakan khas untuk pelajar tingkatan 3 yang bakal meninggalkan alam persekolahan di SMR Agama Chuah dan bakal pemimpin pelajar tahun hadapan. Tujuan utama program ini ialah menyediakan pelajar agar lebih bermotivasi untuk menjadi pemimpin yang berdedikasi dan boleh dicontohi.

OBJEKTIF
Diakhir program ini murid dapat:
2.1    Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berusaha mengekalkan dan memperbaiki  adab serta sahsiah yang baik
2.2    Memperolehi tips-tips kepimpinan diri  supaya lebih istiqamah
2.3    Bermotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh

SASARAN

Semua pelajar tingkatan 3 seramai 35 orang dan 10 orang pelajar tingkatan 2 dan 10 orang pelajar tingkatan 1






































No comments:

Post a Comment