TARIKH: 11 JANUARI 2016
TEMPAT: LAPANGAN PERHIMPUNAN
WAKTU: 7.40 MINIT PAGI
1.0
PENGENALAN
Kementerian Pelajaran
Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Program mentor
mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan
tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee)
dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi
penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti
membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi
tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna
kepada masyarakat dan negara.
2.0 KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan
Penyayang.
3.0 RASIONAL
3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi
diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan
panduan mentor.
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai
cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan
sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati
kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
4.0 OBJEKTIF
Melalui program ini,
murid diharapkan dapat;
4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan
mentee.
4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain.
4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi
masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil
berat (caring) terhadap kebajikan
mereka
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Program dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah
5.2 Melaksanakan
program mentor mentee sebagai aktiviti
rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti:
a.
Waktu perhimpunan rasmi .
b.
Waktu
kokurikulum.
c.
Selepas
waktu persekolahan.
5.2
Perjumpaan
diadakan sekurang-kurangnya 10 kali
setahun. Jangka masa perjumpaan
adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.
5.3
Perjumpaan
adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan
Mentor Mentee yang mengandungi pengisian dari aspek;
a.
Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b.
Peningkatan Disiplin Murid
c.
Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
d.
Perkembangan Kerjaya
6.0
STRATEGI PELAKSANAAN
6.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang
konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan kepada murid dan guru.
6.2 Mengadakan
majlis penyerahan mentee kepada
mentor.
6.3 Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut
kesesuaian sekolah.
6.4
Pelantikan
mentor
a.
Semua guru dilantik menjadi mentor.
b.
Pelantikan
mentor dibuat secara rasmi( bertulis).
c.
Setiap
mentor diberikan senarai tugas, peranan,modul dan senarai mentee.
6.5 Pengagihan
mentee.
a.
Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas.
b.
Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang
mentor.
6.6 Tugas Mentor
a.
Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
b.
Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
c.
Mengambil tahu dan
menjaga kebajikan mentee.
d.
Membantu mentee
yang memerlukan perhatian.
e.
Mengambil
kehadiran mentee.
f.
Mengisi
borang pertemuan mentor mentee.
7.0 Cadangan
Masa Program
Sepanjang bulan
JANUARI – OKTOBER 2016
8.0
Sasaran
Guru dan Murid SMR AGAMA CHUAH
9.0
Jawatankuasa Induk
Penasihat : Tn Mohd Zaki Bin Mohd Yusof
Pengetua
SMR AGAMA CHUAH
Pengerusi : Tn Hj Mokhter Bin Harun
PK
HEM
Naib Pengerusi: Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman
PK
Pentadbiran
: Pn
Zuraidah Bt Sethu Ghani
PK
Ko-Kurikulum
Penyelaras : Cik
Jamilah Bt Yahaya
Guru
Kaunseling
Mentor : Semua guru
10.0
Pelaksanaan
10.1 Program ini dilaksanakan kepada semua
pelajar SMR AGAMA CHUAH 2016
10.2 Melaksanakan
program mentor mentee sebagai satu aktiviti rasmi sekolah mengikut ketetapan
berikut :
Perjumpaan
|
Tarikh
|
Masa perjumpaan
|
Tempat perjumpaan
|
Pertama
|
22 JAN
|
HARI JUMAAT MINGGU KETIGA
(7.30 PAGI – 8.00 PAGI)
|
Kelas,
Kantin atau
Masjid
(yang
dirasakan sesuai)
|
Ke-2
|
19 FEB
|
||
Ke-3
|
25 MAC
|
||
Ke-4
|
22 APRIL
|
||
Ke-5
|
27 MEI
|
||
Ke-6
|
17 JUN
|
||
Ke-7
|
15 JULAI
|
||
Ke-8
|
12 OGOS
|
||
Ke-9
|
23 SEPT
|
||
Ke-10
|
21 OKT
|
No comments:
Post a Comment