Monday, March 4, 2019

Taklimat Suntikan HPV

Tarikh: 18 Februari 2019
Hari: Isnin
Tempat: 1 Ibnu Sina

Anjuran: KKM
GPK HEM: Ustazah Norizan Bt Mohd Kalam
Guru Kesihatan: Pn Nor Safinas Bt Abu Sirin
Sasaran: Murid Tingkatan 1 Perempuan

Human Papilloma Virus (HPV)

Apa itu jangkitan Human Papilloma Virus?

Ini adalah salah satu daripada pelbagai jenis penyakit kelamin di kalangan orang dewasa. Ia mungkin bercirikan dengan ketuat pada bahagian kemaluan (yang kelihatan seperti isi buah anggur). Jangkitan pada pangkal rahim boleh menyebabkan barah pangkal rahim pada masa akan datang.

Apakah penyebab penyakit ini?

Virus HPV adalah virus yang menyebabkan jangkitan pada kemaluan lelaki dan juga lapisan pangkal rahim wanita. Terdapat pelbagai jenis virus ini termasuklah jenis 6 dan 11 yang banyak menyebabkan ketuat pada kemaluan. 70% daripada barah pangkal rahim disebabkan oleh virus HPV jenis 16 dan 18.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana vaksin ini diberikan?

Vaksin ini diperbuat dengan menggunakan protein daripada setiap satu daripada 4 jenis virus HPV yang boleh menyebabkan penyakit yang serius. Vaksin ini diberi kepada remaja-remaja bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya barah pangkal rahim semasa dewasa kelak.

Di Malaysia, vaksin diberikan semasa di tingkatan 1, dan sekiranya anda berusia 13 tahun, anda akan menerima vaksin HPV dengan percuma di Klinik Kesihatan.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberikan vaksin ini kepada anak remaja perempuan mereka. Terdapat isu-isu etika dan moral yang terlibat, terutamanya masih terdapat cara-cara lain yang dapat menghindarkan daripada dijangkiti kuman HPV ini.




No comments:

Post a Comment