Tarikh: 5-7 Jun 2018
Hari: Selasa Rabu Khamis
Tempat: Masjid Bandar Sunggala Port Dickson
Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan JHAEINS
Guru Pengiring:
Ustaz Muhammad Hanis Bin Nasruddin
Ustaz Muhammad Fazli Bin Hassan
HALAMAN
▼
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
▼
GALERI KELAS, BADAN KEPIMPINAN, KELAB PERSATUAN, SUKAN DAN PERMAINAN
▼
Thursday, June 7, 2018
Majlis Khatam Al-Quran 2018 dan Program "QURAN HOUR"
Tarikh: 7 Jun 2018
Masa: 11.30 pagi
Hari: Khamis
Anjuran : Unit Kurikulum Bersepadu Dini dan SUMUR (Sahsiah Unggul Murid)
GPK Kurikulum: Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman
Penyelaras: Ustazah Sofiyyah Bt Mohd Suhaimin
Pen. Penyelaras: Ustazah Norhaslinda Bt Mohd Ridzuan
Setiausaha: Ustazah Norkhadijah Bt Sahak
Pada m/s160-63 diberikan contoh cara berdoa yang umum. Tetapi doa jangan disempitkan dan jika ada permintaan khusus boleh juga diminta. Doakan sekali orang-orang disekeliling kita.
sumber: http://keranakasihnabi.blogspot.com/2013/01/adab-adab-khatam-al-quran-dan-yang.html
Masa: 11.30 pagi
Hari: Khamis
Anjuran : Unit Kurikulum Bersepadu Dini dan SUMUR (Sahsiah Unggul Murid)
GPK Kurikulum: Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman
Penyelaras: Ustazah Sofiyyah Bt Mohd Suhaimin
Pen. Penyelaras: Ustazah Norhaslinda Bt Mohd Ridzuan
Setiausaha: Ustazah Norkhadijah Bt Sahak
Kita digalakkan menghadiri majlis khatam Quran, walaupun bukan diri sendiri yang mengkhatamnya. Jika orang itu yang khatam, maka dia sangat digalakkan untuk meraikan pengkhataman Al-Quran itu.
Antara sebab mengapa digalakkan untuk diraikan ialah:
1. Majlis itu sebagai satu syiar Islam yang mesti kita sokong. Ianya sama seperti syiar untuk berkumpul mengerjakan solat sunat hari raya sehinggakan wanita yang uzur haid pun diajak datang bersama ketempat solat, walaupun dia tiadak solat. Orang yang meraikan syiar Allah ialah orang yang benar-benar bertaqwa.
2. Majlis itu dihadiri oleh ramai malaikat, iaitu makhluk Allah yang suci dan tidak buat maksiat pada Allah. Apabila hadir, kita juga akan duduk bersama-sama makhluk Allah yang suci itu.
3. Doa dalam majlis itu sangat makbul. Sesiapa sahaja yang berdoa, pasti dimaqbulkan. Dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh seorang tabiin, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang mengkhatam Al-Quran bila-bila masa saja pada waktu tengah hari (waktu siang sebelum Maghrib), para malaikat akan berselawat ke atasnya sampai waktu petang. Jika dia khatam pada waktu malam, maka para malaikat akan berselawat selawat ke atasnya sampai pagi”.
4. Turunnya rahmat Allah seperti yang disebut dalam hadis bahawa apabila Al-Quran dibacakan, maka Rahmat Allah turun. Apabila membaca Al-Quran, rahmat akan turun sebanyak mana Al-Quran itu dibaca.
5. Doa dalam majlis itu mustajab kerana malaikat akan mendoakan bersama-sama. Sesiapa pun boleh berdoa terutamanya ialah orang yang khatam Al-Quran.
Cara khatam Al-Quran:
Digalakkan khatam dalam solat jika dia membaca Al-Quran seorang diri. Jika dibaca secara beramai-ramai, buat majlis meraikan khatam Al-Quran.
Cara bacaan ialah dengan memisahkan antara surah dengan surah lain (daripada surah Waddhuha sampai An-Nas) dengan sebutan ‘Allahu Akbar’. Jika berjemaah, gilirkan bacaan surah antara peserta dan dibaca Allahu Akbar di antaranya.
Bila sudah siap membaca surah An-Nas, disunatkan membaca surah Al-Fatihah, sebagai isyarat untuk meneruskan lagi bacaan Al-Quran atau dengan kata lain berpusing kembali untuk memulakan bacaan. Ini penting sebagai isyarat yang tidak akan tinggal membaca Al-Quran. Setiap kali membaca Al-Quran, pemahaman seseorang akan bertambah.
Baca surah Fatihah, dan 5 ayat pertama surah Al-Baqarah. Kemudian baca doa (ada juga yang membaca ayat Kursi atau 2 ayat akhir surah Al-Quran).
Dalam satu hadis daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik amalan ialah membuka Al-Quran dan mengkhatamkannya”.
Maknanya selepas mengkhatam Al-Quran, buka semula dan, sambung dengan bacaan Fatihah.
Oleh kerana ada banyak fadhilat, majlis Khatam Al-Quran hendaklah dimaklumkan agar dapat berkongsi rahmatnya bersama orang lain juga.
Doa dalam majlis khatam akan diaminkan oleh 4000 malaikat. Apa erti Amin? Amin bermaksud meminta agar Allah menerima doa itu. Amin itu sebagai pendorong untuk doa naik meluncur ke atas dan diterima Allah. Orang yang membaca doa dan orang yang mengaminkan akan mendapat bahagian yang sama. Kadang-kadang orang yang mengaminkan doa itu kusyuk, tetapi orang yang membaca doa tak kusyuk, tetapi disebabkan Amin orang kusyuk itu, maka doa itu diterima.
Berlaku satu kisah, seorang meninggal dunia dan disolatkan di masjid. Seorang Badawi menyertai solat itu dan kerananya dosa si mati itu diampunkan. Keluarganya bermimpi si mati mendapat keampunan kerana doa si Badawi itu, bukan doa imam atau jemaah yang lain. Keluarganya bertanya apakah yang didoakannya. Jawab Badawi itu, “Sebenarnya, aku tak tahu nak doa apa untuk solat jenazah, tapi aku berkata, “Ya Allah, orang yang meninggal dunia ini ialah tetamu kepada Engkau. Kalau dia tetamu kepada aku, maka aku akan sembelih kambing untuk meraikannya. Tetapi dia ialah tetamu Engkau”. Doanya itu datang ikhlas daripada hatinya dan menjadi sebab Allah mengampunkan dosa si mati.
Inikan pula jika doa yang dibacakan itu diaminkan oleh malaikat. Tentulah doa itu akan meluncur laju naik kepada Allah. Bukan saja satu malaikat yang hadir, tetapi 4000 malaikat. Ini hanya terdapat dalam majlis khatam Quran. Oleh sebab itu, ajak seramai yang mungkin untuk hadir bersama.
Ketika berdoa, kita jangan kedekut - jangan doakan untuk diri sendiri saja. Itu ego namanya. Kita minta untuk diri sendiri dan orang lain juga. Apa yang Allah beri pada orang lain bukan hak kita pun, semuanya hak dan kekayaan Allah semata-mata.
Apabila meminta pada Allah, kita jangan segan-segan. Jangan minta yang kecil-kecil, atau sederhana, tapi minta yang paling besar sekali. Oleh sebab itu, Nabi SAW suruh kita minta syurga Firdaus. Kenapa? Jika meminta, jangan kita minta ikut kelayakan kita, tapi tengok kelayakan Yang Maha Memberi, untuk memberi. Jika tengok diri kita, memang kita banyak kekurangan – solat tak kusyuk, mengumpat, solat lewat, doa tak faham dan banyak lagi. Tetapi kita lihat pada kelayakan Allah untuk Memberi, yang bilamana memberi, Allah tak peduli banyak mana dan pada siapa yang akan diberi-Nya.
Dalam sebuah majlis, malaikat berkata, “Ada orang pergi ke majlis zikir bukan atas tujuan untukMu, tetapi kerana urusan lain. Jawab Allah, “Dia duduk bersama orang yang Aku ampunkan, jadi dia juga akan Aku ampunkan. Rahmat Allah ini seperti hujan yang turun, yang tidak memilih sesiapa dan akan terkena pada semua.
Oleh itu jangan kedekut berdoa. Ada satu doa yang Allah jamin akan maqbulkan bila-bila masa saja iaitu doa kepada seseorang tanpa orang itu mengetahui dia didoakan.Apabila kita mendoakan orang lain, akan hadir bersama seorang malaikat yang akan mendoakan doa yang sama pula untuk kita. Syaratnya – JANGAN beritahu orang yang didoakan itu.
Seorang Badawi pergi ke masjid dan buang air kecil di dalam masjid. Sahabat marah, tetapi Nabi suruh membiarkan sahaja. Setelah selesai, Nabi pun tegur yang masjid ialah rumah Allah, jadi tidak boleh buat begini. Lalu jawabnya, kalau begitu, aku takkan ulang lagi. Lalu Badawi itu kemudian berkata, “Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa Muhammad, yang lain jangan Kau ampunkan. Nabi SAW pun berkata, “Kamu jangan sempitkan benda yang luas”.
Dalam hadis, Nabi SAW bersabda, “Seseorang yang beristighfar untuk kaum mukminin mukminat, Allah akan beri kebaikan sejumlah mukminin dan mukminat pada zaman itu”. Jadikan amalan sebanyak 27 kali sebelum Subuh dan Maghrib.
sumber: http://keranakasihnabi.blogspot.com/2013/01/adab-adab-khatam-al-quran-dan-yang.html