Thursday, November 20, 2014

LAWATAN ILMIAH KE USIM DAN MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL

TARIKH: 20 NOVEMBER 2014
TEMPAT: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DAN MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL SEPANG
MASA: 8.00 PAGI - 4. 00 PAGI

ANJURAN: 
1.UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 
2. KELAB KAUNSELING DNA KERJAYA
3. KELAB BAHASA INGGERIS

OBJEKTIF:
Melalui program ini, murid dapat:
1. Memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai kepentingan menuntut ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
2. Memberi gambaran secara langsung kepentingan menguasai Bahasa Kedua dalam kehidupan (Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab)
3. Mendapat maklumat mengenai kesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar


AKTIVITI/PROGRAM
1.  Slot “JOM BELAJAR DI USIM” –
memperkenalkan USIM dan kursus-kursus yang ditawarkan di USIM.

2. Slot “Jauhi Dadah”- bersama ACREDA.
Pelajar diberi taklimat mengenai Objektif penubuhan Acreda di USIM serta kesan penyalahgunaan dadah serta kes-kes dadah membabitkan pelajar.

3. Aktiviti Melawat Kawasan USIM
Pelajar akan dibawa melawat sekitar USIM oleh Fasilitator bertugas. Pelajar akan diberi taklimat ringkas bagi setiap kawasan USIM

4. Melawat Muzium Automobil
Muzium ini memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini. Tujuan utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Muzium ini berharap dapat memberi maklumat, mendidik serta menghibur para pengujung mengenai sejarah dan kejayaan negara dalam menerokai industri ini.


























No comments:

Post a Comment