Saturday, October 15, 2011

Aktiviti "Cuci Kereta Guruku"

Tarikh: 12 oktober 2011
Tempat: Perkarangan Sekolah
Masa: 8.00 - 10.30 pagi

Pada suatu pagi seperti tarikh diatas, seorang pelajar datang kepada saya, memohon kunci kereta. Lalu saya pun bertanya kepada pelajar terbabit. 
"Nak buat apa kunci kereta cikgu ini? Kamu nak alihkan ker? Eh Takpe, biar cikgu alih, .." 
Lantas pelajar tersebut membalas,
 "tidak cikgu, kami nak tolong cuci kereta cikgu... " "Program anjuran kelas form 3 cikgu,.. Cuci kereta..hehe" sambil tersengih meminta kunci kereta saya. Mereka menerangkan program ini sebahagian aktiviti selepas PMR. Mereka ingin melakukan sesuatu untuk guru mereka.

Saya pun terus memberi kunci kereta kepadanya, dan melihat ke luar kawasan sekolah dimana semua kereta sedang dialihkan menunggu giliran untuk dicuci. Pelajar-pelajar ini telah pun berbincang semalam dan diberi taklimat oleh ketua program: Nur syazwani tentang aktiviti pada hari tersebut. Jadi aktiviti "suprise" ini pun berjalan seperti yang dirancangkan. Program mereka turut disokong oleh guru kelas iaitu Pn Zuraidah Mohd Norwi. Beruntungnya kami ada anak murid macam kamu. Tolong cuci kereta sambil mengumpul dana. Mereka mencuci dengan sangat bersih, kalah "car wash". Kesungguhan mereka mencuci kereta kami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mereka melakukannya dengan hati yang ikhlas dan terpancar kegembiraan di raut wajah masing-masing semasa sedang melakukan aktiviti.





















No comments:

Post a Comment