PENGENALAN SABK

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Institusi Pendidikan Agama (IPA) selain daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh Agama dan Kelas Aliran Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan.

Pengenalan
Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah - sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.

Konsep
Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Ditadbir oleh KPM
Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan
Kurikulum agama negeri dikekalkan
Menerima pelbagai kemudahan

Tujuan
Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajarn
Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan

Kelebihan
Kelebihan kepada sekolah[sunting | sunting sumber]
Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah.
Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah.
Menerima bantuan insentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani.
Jawatan Hakiki diwujudkan.
Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.
Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dikekalkan.

Kelebihan kepada guru dan kakitangan
Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan.
Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan.
Berpeluang mendapat kenaikan pangkat.
Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan.
Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas.
Berpeluang melanjutkan pelajaran.
Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM.

Kelebihan kepada pelajar
Berpeluang mendapat bantuan
Berpeluang bersaing dengan pelajar-pelajar di sekolah aliran perdana.
Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
Berpeluang mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti.

2 comments:

  1. assalamualaikum ... saya ingin bertanya masih boleh lagi kah mendaftar anak di sekolah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikusalam puan, puan boleh hubungi Pengetua Sekolah di talian 06-6581701 untuk pertanyaan lanjut. Terima kasih.

      Delete