Wednesday, January 30, 2019

Perasmian Program SUMUR (Sahsiah Unggul Murid)

Tarikh:  28 Januari 2019 
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Anjuran dan Kelolaan: Unit HEM dan KBD
GPK HEM: Ustazah Norizan Bt Mohd Kalam
Penyelaras SUMUR: Ustazah Sofiyyah Bt Mohd Suhaimin

Aturcara:
1. Taklimat Program SUMUR dan USRAH
2. Ucapan Perasmian oleh Pn Khamisah Asura Bt Abd Rahman GPK1 SMRAC
3. Gimik Perasmian- Perasmi MenurunkanTandatangan pada Bahan Gegantung SUMUR
4. Penyerahan Fail Usrah kepada Mualim dan Mualimah / Naqib dan Naqibah 

Pengenalan SUMUR
APA ITU SUMUR?

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

Matlamat program ini adalah untuk:
  1. Melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain
  2. Sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat
  3. Mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian
  4. Mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup
  5. Berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma

Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato Noh bin Omar, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor. Susulan daripada itu, sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad, Melaka; SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK SAM Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK SMA Al-Maarif, Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.

Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Bil.2/2010 pada 8 Februari 2010 telah memutuskan bahawa program SUMUR ini diserahkan kepada Operasi Dakwah BPI KPM dan telah dilaksanakan bermula tahun 2010 di semua SMKA dan SABK.

Manakala bagi tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di semua sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah SMKA dan 159 buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan sebagaimana dirancang.

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini telah dimurnikan semula menjadi empat (4) modul utama iaitu:

Modul Berbudi Bahasa
Modul Mutadayyin
Modul Penampilan Diri
Modul Jati Diri

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini berada di bawah Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid dan merangkumi semua aktiviti sekolah. Penyelaras program SUMUR di peringkat sekolah pula perlu dilantik di kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI).

Semua pelajar hendaklah diberitahu dan diperjelaskan secara terperinci tentang pelaksanaan setiap modul supaya mereka faham dan menyedari bahawa sesuatu modul tersebut sedang berlangsung dan mereka turut terlibat dalam pelaksanaan modul tersebut. Pernyataan-pernyataan dalam bentuk banner dan bunting perlu dipamer sepanjang setiap modul itu berlangsung.

Proses penilaian bagi setiap modul adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil pelajar (usrah) bagi meringan tugas guru. Guru (murabbi) perlu mengesahkan penilaian berdasarkan borang yang telah disediakan.

Usrah WAJIB dilaksanakan pada kadar minimum sekali sebulan di semua sekolah SMKA dan SABK sama ada di sekolah yang mempunyai asrama atau tiada asrama. Pihak sekolah perlu menubuhkan satu badan contohnya Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR/BDK) untuk menguruskan program usrah ini.




































No comments:

Post a Comment